"Rasulullah
merindui umat akhir zaman" .....****
Suasana di majlis
pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti
sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama
kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang
sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan
teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai
Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku
(ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga
ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku
ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai
Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku
melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang
lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat,"
jawab sahabat.
"Bagaimana para
malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan
Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka
berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para
nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin
kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu
tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas
Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu,
hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang
sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu
ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang
dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang
beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh
rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika
membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian
Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat
untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan
diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan
dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang
bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi
kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan
hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.
Selawat & salam
buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali,
maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288,
no.384)
Sabda Nabi SAW “
Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat
denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
(Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Sabda Nabi SAW : “
Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu
jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya
bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis
Riwayat Abu Daud)
Ketika berjumpa
sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah
dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang
yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w .
melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah
lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)
Ketika akan memulakan
sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap
pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan
selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis
Riwayat Ar-Rahawi)
Ketika mendengar
orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu
adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di
sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Ketika telinga
berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu
berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis
Riwayat Ibnu Sunni)
Ketika mengalami
kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana
pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap
Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai
dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)
Setiap waktu pagi
dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi
sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di
hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)
Berdasarkan dari
hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu
dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin
dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke
atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum
Muslimin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar